WARGA SKGN

WARGA SK GONG NANGKA by Slidely Photo Gallery

Thursday, December 20, 2012

Lawatan Berinfomasi ke Al-Taqwa Islamic School, Melbourne








Pada 2-8 Disember 2012 baru-baru ini, salah seorang guru SKGN iaitu Cikgu Roshida Hashim (Penolong Kanan Pentadbiran) telah bertuah menyertai Rombongan Berinfomasi ke Melbourne, Australia bersama-sama barisan guru-guru dari sekolah rendah dan menengah, Negeri Terengganu dengan diiringi oleh beberapa orang pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Pegawai Perhubungan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Di antara tempat yang telah dilawati ialah Al-Taqwa College yang terletak di 201, Sayers Road, Truganina, Victoria 3029, Australia. 
Al-Taqwa College yang terletak di 201 Sayers Road, Truganina, Victoria, Australia.  Ia adalah sebuah sekolah bukan kerajaan membawa maksud separuh bantuan kerajaan. Jumlah keseluruhan pelajar adalah seramai 1,008 orang di mana 47% adalah pelajar lelaki dan 53% adalah pelajar perempuan merangkumi pelajar dari Gred 0 hingga Gred 12. Al Taqwa College menyediakan persekitaran yang sangat kondusif dan penuh rasa kekeluargaan dengan pilihan akademik yang luas termasuk pengajian Islam.  Matlamat utama sekolah ini adalah untuk menerapkan pelajar-pelajar mereka dengan nilai-nilai mulia dan moral yang tinggi.
Al Taqwa College telah ditubuhkan pada Jun 1986 selepas pengasasnya Mr. Omar Hallak sedar akan kepentingan untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak dalam persekitaran yang penuh dengan nilai-nilai Islam (Islamic Environment). Pada 2008, sebuah lagi sekolah telah dibuka secara rasminya di Indonesia, Al Taqwa College YIIS1, Kampus Sentul. Sekolah ini menawarkan Kurikulum Australia (Australian Curriculum) dan VCE Diploma di mana majoriti pelajarnya adalah pelajar tempatan (Indonesia) dan juga pelajar-pelajar dari negara Asia yang lain. Pada 2009, sebuah masjid telah dibina di atas tanah Al Taqwa College menggunakan sumbangan masyarakat setempat dengan anggaran AUSD4.5 juta.
         Al Taqwa College sangat menitikberatkan nilai kekeluargaan di antara pelajar, kakitangan akademik dan ibubapa dengan mengambil berat nilai-nilai keislaman (Islamic ethos). Ini kerana misi sekolah ini adalah untuk melahirkan sebuah pusat pendidikan yang terkenal di kalangan komuniti Islam serta membina sebuah sekolah yang mampu melahirkan pelajar yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi sekaligus membina sebuah pusat pendidikan yang cemerlang. Pendidikan Islam (Islamic Studies) diterapkan dalam kurikulum pendidikan berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Ini adalah kerana pihak sekolah percaya adalah penting untuk menerapkan nilai-nilai Islam di kalangan pelajar bermula dari usia yang muda. Harapan Al Taqwa College, selepas meninggalkan sekolah,pelajar-pelajar telahpun bersedia secara akademik dan sosial untuk meneruskan kehidupan mereka di luar.

No comments:

Post a Comment