WARGA SKGN

WARGA SK GONG NANGKA by Slidely Photo Gallery

Saturday, December 29, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2013



Dikongsikan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2013 sebagai rujukan dan panduan guru-guru dan penjawat awam berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2012 : Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2013.

Untuk merancang percutian pula, anda boleh merujuk entri Senarai Cuti Umum Tahun 2013. Bagi menyemak penyata gaji bulanan, sila click e-Penyata Gaji.



Monday, December 24, 2012

Takwim & Perincian Persekolahan Mengikut Penggal 2013 Kumpulan A


Pendaftaran Persekolahan Murid SK Gong Nangka Tahun 2013

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa sesi persekolahan bagi Tahun 2013 akan bermula pada hari Selasa iaitu 1 Januari 2013.

Sehubungan itu, bagi memastikan urusan persekolahan tahun hadapan berjalan lancar pada hari pertama persekolahan maka pihak sekolah memutuskan Pendaftaran Persekolahamn bagi murid tahun 1- 6 akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 30hb Disember 2013
Hari : Ahad
Masa : 8.30 - 11 pagi
Lokasi : Dewan Lestari, SK Gong Nangka

Untuk makluman tuan/puan, kedai sekolah akan membuat jualan keperluan sekolah pada 30 dan 31 Disember 2013, dari jam 9.30 pagi - 12.00 tengahari. Berikut adalah senarai harga keperluan persekolahan murid yang boleh dibeli di kedai sekolah.



Tahun 6 2012 ke SBP & SMK


TERKINI!!!!


SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENDAPAT DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH.
1. MOHD LUQMAN HAQIM B M SHA'ARI - SM SAINS DUNGUN
2. MOHD SHAKIR ZULFAYRI B MOHD RAZINI- SM SAINS DUNGUN
3. NUR FARHANA BT YUSUF - SM SAINS DUNGUN
4. NUR MAJDAH IZZATI BT MOHD NAZMI -
SM SAINS DUNGUN 
5. SITI NUR HANANI BT ZAINUDDIN - SM SAINS HULU TRG
6. SITI AISYATUL ATHIRAH BT RUSNAN-SM SAINS HULU TRG
7. ZULHAIRI BT ZULKEFLI - SM SAINS DUNGUN


minta pelajar berkenan maklumkan nama sekolah yang mereka dapat kepada pihak sekolah. 
TAHNIAH DARIPADA SELURUH WARGA SKGN



Senarai nama pelajar yang ditawarkan ke Tingkatan 1 kelas Premier SMK Tengku Lela Segara 2013.

1.Marini Izura bt Ramli.

2.Siti Nurul farzana bt Mohd Nabori
3.Syahril Irfan b mahadzir
4.Muhd Irfan b Ahmad Shukri.
5.Muhd Aqib Aidiel b Abdullah.
6.Zuhairi b Zulkefli.
7.Yasmin Suraya bt Mohd Supardini.
8.Muhd Izuwan b Mohd Zukey
9.Nurmajdah bt Mohd Nazmi.
10.Siti Aisyatul Athirah bt Rusnan.
11.Siti Nur Hanani bt Zainuddin.
12.Siti Nur Syaidatul Akmal bt Mohd Nafzul.
13.Ain Sofea Faiqah bt Sofean.
14.Nurfarah Afiqa bt Muhamad.
15.Nur Farhana bt Yusoff.
16.Nur Atira bt Ja'afar.
17.Nur Athirah bt Zaidi.
18.Nur Aini Izati bt Jazlan.
19.Nur Athirah bt Jamal.


Tarikh lapor diri : 27 Disember 2012
Masa : 8.30 pagi ( Dewan Mutiara Budi ) SMK Tg lela Segara
* Sila dapatkan surat tawaran di pejabat Sekolah Kebangsaan Gong Nangka segera.
* Pelajar yang gagal melapor diri pada tarikh dan masa tersebut akan dianggap telah menolak tawaran.


Terkini:

Senarai nama pelajar yang berjaya menempatkkan diri ke sek men pilihan:

1. Nur Farhana bt Yusoff - SMK Sultan Sulaiman.

Kelas Rancangan Khas ( KRK ) SMK Merchang
1.Muhd Alif bin Mohd Azman.
2.Nur Shuhada bt Mohd Rozali.
3.Mohd Alif bin Salim.

Kelas Rancangan Khas ( KRK ) SMK Pengkalan Berangan
1.Muhd Syafiq bin Awang Hed
2.Siti Nurul Natasha binti Mazlan.
Jangan lupa dapatkan surat tawaran di SKGN seberapa segera...

Tahniah daripada semua guru dan staff sokongan SKGN.

Tahniah!!!

Thursday, December 20, 2012

Lawatan Berinfomasi ke Al-Taqwa Islamic School, Melbourne








Pada 2-8 Disember 2012 baru-baru ini, salah seorang guru SKGN iaitu Cikgu Roshida Hashim (Penolong Kanan Pentadbiran) telah bertuah menyertai Rombongan Berinfomasi ke Melbourne, Australia bersama-sama barisan guru-guru dari sekolah rendah dan menengah, Negeri Terengganu dengan diiringi oleh beberapa orang pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Pegawai Perhubungan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Di antara tempat yang telah dilawati ialah Al-Taqwa College yang terletak di 201, Sayers Road, Truganina, Victoria 3029, Australia. 
Al-Taqwa College yang terletak di 201 Sayers Road, Truganina, Victoria, Australia.  Ia adalah sebuah sekolah bukan kerajaan membawa maksud separuh bantuan kerajaan. Jumlah keseluruhan pelajar adalah seramai 1,008 orang di mana 47% adalah pelajar lelaki dan 53% adalah pelajar perempuan merangkumi pelajar dari Gred 0 hingga Gred 12. Al Taqwa College menyediakan persekitaran yang sangat kondusif dan penuh rasa kekeluargaan dengan pilihan akademik yang luas termasuk pengajian Islam.  Matlamat utama sekolah ini adalah untuk menerapkan pelajar-pelajar mereka dengan nilai-nilai mulia dan moral yang tinggi.
Al Taqwa College telah ditubuhkan pada Jun 1986 selepas pengasasnya Mr. Omar Hallak sedar akan kepentingan untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak dalam persekitaran yang penuh dengan nilai-nilai Islam (Islamic Environment). Pada 2008, sebuah lagi sekolah telah dibuka secara rasminya di Indonesia, Al Taqwa College YIIS1, Kampus Sentul. Sekolah ini menawarkan Kurikulum Australia (Australian Curriculum) dan VCE Diploma di mana majoriti pelajarnya adalah pelajar tempatan (Indonesia) dan juga pelajar-pelajar dari negara Asia yang lain. Pada 2009, sebuah masjid telah dibina di atas tanah Al Taqwa College menggunakan sumbangan masyarakat setempat dengan anggaran AUSD4.5 juta.
         Al Taqwa College sangat menitikberatkan nilai kekeluargaan di antara pelajar, kakitangan akademik dan ibubapa dengan mengambil berat nilai-nilai keislaman (Islamic ethos). Ini kerana misi sekolah ini adalah untuk melahirkan sebuah pusat pendidikan yang terkenal di kalangan komuniti Islam serta membina sebuah sekolah yang mampu melahirkan pelajar yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi sekaligus membina sebuah pusat pendidikan yang cemerlang. Pendidikan Islam (Islamic Studies) diterapkan dalam kurikulum pendidikan berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Ini adalah kerana pihak sekolah percaya adalah penting untuk menerapkan nilai-nilai Islam di kalangan pelajar bermula dari usia yang muda. Harapan Al Taqwa College, selepas meninggalkan sekolah,pelajar-pelajar telahpun bersedia secara akademik dan sosial untuk meneruskan kehidupan mereka di luar.