WARGA SKGN

WARGA SK GONG NANGKA by Slidely Photo Gallery

Pendidikan Khas Integrasi Al Mawardi



SEJARAH PENUBUHAN

Program Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) ditubuhkan pada 1 Januari 2008 dengan dua orang guru dan 13 orang murid. Kelas ini diberi nama Kelas Al-Mawardi atas persetujuan Guru Besar,Tuan Haji Sohairi b. Mohd Rais bersama penyelaras, Puan Embat bt. Abd.Rahman. Kelas ini menerima Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang pertama pada Mac tahun yang sama. Pada akhir 2009, murid telah bertambah kepada 27 orang seterusnya melayakkan PPKIBP menerima seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK) iaitu Puan Natrah binti Wahab.
Sehingga Mei 2011,murid telah bertambah kepada 34 orang dengan bilangan guru juga bertambah seramai 8 orang dan dibantu oleh 3 orang PPM.
Antara kategori murid di PPKIBP SKGN ialah:

  1. Sindrom down
  2. Autisme
  3. Slow Learner
  4. Hiperaktif
  5. Epilepsi
  6. ADHD
  7. Ceberal Palsy
  8. Terencat akal ringan
  9. Mikrocyplus
  10. Hidrocyplus

VISI

VISI PENDIDIKAN KHAS
NEGERI TERENGGANU

SEMUA MURID PENDIDIKAN KHAS

DAPAT MEMAKSIMUMKAN DAN

MENGGUNAKAN POTENSI DIRI

 MASING - MASING



MISI

MISI PENDIDIKAN KHAS
 SK.GONG NANGKA

MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KEPADA MURID-MURID DENGAN KEPERLUAN KHAS UNTUK MENJADIKAN MEREKA INSAN YANG BOLEH  BERDIKARI,BERJAYA DALAM HIDUP DAN MEMBERI SUMBANGAN BAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

No comments:

Post a Comment