WARGA SKGN

WARGA SK GONG NANGKA by Slidely Photo Gallery

Friday, August 31, 2012

Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-55

ERTI KEMERDEKAAN... 
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. 

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.










Tuesday, August 28, 2012

Program Motivasi 'Jom Kita Cemerlang' SK Gong Nangka

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH..
setelah seminggu bercuti menyambut Aidilfitri 1433h.
Bermulanya sesi persekolahan minggu ini,
pihak sekolah khususnya unit Bimbingan Kaunseling
telah mengadakan Program Motivasi 'Jom Kita Cemerlang'
untuk ibu bapa dan pelajar Tahun 4, 5 dan 6.
Program ini ditaja khas dari pihak Ummi. Terima kasih atas
kehadiran ibu bapa dan pelajar yang menggalakkan.
Semoga program-program SKGN yang akan datang akan mendapat
sambutan yang lebih menggalakkan dari semua pihak terutama ibu bapa dan pelajar.











Monday, August 13, 2012

Mencari Sinar Lailatul Qadar



Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan. 

Malam Lailatulqadar sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT :

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka.

 Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Allah menganugerahkan malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di sepuluh akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah. 

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya.
Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. 

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap berusaha dengan seikhlas mungkin mencarinya.

Semoga sinar Lailatulqadar yang kita cari dengan penuh kesabaran dan keikhlasan itu menjadi milik kita. Sesungguhnya Allah maha mengetahui yang terbaik buat kita.

Sumber : Jakim

Saturday, August 11, 2012

Cuti Ganti Persekolahan Sempena Sambutan Aidilfitri


KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos.

Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan semalam.

"Dengan ini, semua pihak mempunyai tempoh masa mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya," katanya.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.
Bagi tujuan penyelarasan, kementerian mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 September manakala cuti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 September.

Iklan Raya Bernas yang sangat menyentuh hati




Layari juga Blog UBK SK Gong Nangka


Friday, August 10, 2012

Mengibar Jalur Gemilang SKGN

23 Julai 2012, Program Mengibar Jalur Gemilang bersempena menyambut bulan Kemerdekaan 2012

Video 1  : Pelancaran Gimik Sambutan Mengibar Jalur Gemilang sempena bulan Kemerdekaan 2012



Video 2 : Nyanian Lagu Jalur Gemilang sambil mengibar Jalur Gemilang













Pertandingan Hafazan Al Quran SKGN

15 Julai 2012, Pertandingan Hafazan diadakan selepas selesainya program Senamrobik 1M1S1M. Walaupun letih dan padat aktiviti pada hari itu, anak-anak SKGN masih cemerlang menyertai pertandingan hafazan ini. Alhamdulillah.












Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


15 Julai 2012, Tahniah anak SKGN yang telah berjaya Program Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Kem Tutorial UPSR Daerah Marang

12 - 14 hb Julai 2012, Program Pendidikan Anjung Ilmu Daerah Marang, Zon 3
di SK Medan Jaya yang disertai oleh pelajar dari SK Gong Nangka, SK Marang, SK Rusila, SK Rhu Rendang dan Sk Medan Jaya

di SK Medan Jaya.