WARGA SKGN

WARGA SK GONG NANGKA by Slidely Photo Gallery

Pra Pendidikan Khas Integrasi Ibnu Arabi



Sejarah pembukaan kelas prasekolah integrasi

Program Prasekolah Pendidikan Khas Integrasi sekolah ini dibuka pada Januari 2008 dengan bilangan seramai 2 orang murid, seorang guru dan seorang Pembantu    Pengurusan Murid. Pengambilan murid pada sesi 2010/2011, Kini Prasekolah Ibnu ‘Araby ini telah menempatkan murid  seramai 3 orang  yang berlainan kategori.

Profil diri guru
Nama : Rozita bt Abdullah
Kelulusan Akademik : Ijazqh Sarjana Muda Pendidikan Awal  Kanak-kanak
Tarikh Mula berkhidmat : 01 Januari 2008
Gred Jawatan : DG 41
Tarikh mula Berkhidmat di Kelas Prasekolah Pend.Khas : 01 Januari 2010
Pengalaman Mengajar Murid Bermasalah Pembelajaran : 5Tahun
Alamat : 174-A Kg Padang Mengkung,
Bkt PayoNg,21400 Marang,
Terengganu

Profil diri Pembantu Pengurusan Diri
 Nama : Siti Izzanie bt Safeei
Kelulusan akademik : STPM  
Tarikh Mula berkhidmat : 2 JULAI 2008
Gred Jawatan : N17
Tarikh mula Berkhidmat di Kelas Prasekolah : 01 SEPT 2008
Alamat : 1174 Kg Binjal Bongkok,Bkt PayoNg,21400 Marang,
Terengganu

Kategori Murid Pendidikan Khas
Prasekolah Masalah Pembelajaran

Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran adalah yang telah disahkan oleh pegawai perubatan sebagai kanak-kanak dalam kategori:
· Sindrom Down.
· Autisme Ringan.
· Perkembangan Lambat.
· Cerebral Palsy (Ringan).
· Terencat Akal (Ringan).
· Hiperaktif (Ringan).
· Hipoaktif (Ringan).
· Masalah Tingkahlaku (Ringan).
· Penumpuan Singkat (Attention Deficit
       Disorde-Ringan)
· Masalah Emosi (Ringan).
· Lain-lain Masalah Pembelajaran (Ringan)

 Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha
berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri
sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah
pendidikan negara.

 Matlamat dan Objektif Pendidikan Khas Prasekolah
Pendidikan Khas Prasekolah bagi masalah pembelajaran bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas memupuk sikap dan tingkah laku positif dan menyesuaikan diri dengan alam persekolahan sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.


Objektif Prasekolah Pendidikan Khas
1. Mempunyai kemahiran mengurus diri dalam kehidupan seharian.
2. Menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus.
3. Menggunakan bahasa yang sesuai untuk  berkomunikasi dalam kehidupan seharian.
4. Menguasai kemahiran kognitif.
5. Mengamalkan adab dan akhlak islamiah  dalam kehidupan seharian.
6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam  kehidupan seharian.
7. Mempunyai daya kreativiti dan estetika mengikut tahap kebolehan individu.
8. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan bersosiallisasi
9. Mengamalkan tingkah laku yang positif dan diterima masyarakat sekeliling

Organisasi Kurikulum

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insane yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membetuk insane yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Elemen –elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:

Tunjang Komunikasi
Tunjang Kerohanian, sikap ,dan Nilai
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Literasi Sains dan Teknologi
Tunjang Perkembangan fizikal dan estetika
Tunjang Keterampilan Diri.  


1 comment:

  1. matlamat dan objektif berdasarkan daripada pihak sekolah atau yang terkandung dalam kurikulum standard prasekolah pendidikan khas kebangsaan (masalah pembelajaran)? mohon pencerahan. terima kasih :)

    ReplyDelete