WARGA SKGN

WARGA SK GONG NANGKA by Slidely Photo Gallery

Friday, December 27, 2013

Subjek Baru Tahun 4, 2014

3 Subjek baru untuk tahun 4, 

1. SEJARAH
2. TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK)
3. REKA BENTUK & TEKNOLOGI (RBT)

1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.

2.  Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Mata pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan.
Peruntukan 60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi. 

3. Subjek Sejarah
Pengenalan mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat.
Mata pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Subjek itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.


Selamat Kembali Ke Sekolah SKGN


Makluman kepada semua ibu bapa dan murid SKGN...

 Hari Pendaftaran Murid adalah seperti maklumat dibawah :

Tarikh : 30hb Disember 2013
Hari : Isnin
Masa : 8.30 - 11.00 pagi
Lokasi : Tahun 1 - 6 (Dewan Sekolah)
Pra Sekolah : Bangunan Pra Sekolah
Pendidikan Khas Al Mawardi : Bilik Muzik
Pra Pendidikan Khas : Bangunan Pra Pendidikan Khas

Pembelian buku dan keperluan sekolah di Kedai Sekolah boleh dibuat pada hari pendaftaran juga.

Urusan Pendaftaran tidak digalakkan pada hari persekolahan kerana tidak mahu menganggu sesi Pengajaran dan Pembelajaran